"Kenapa harga kereta saya rendah sangat?"

"Saya semak ikut market value insurance, tinggi je!"

"Saya tengok di Mudah orang jual tinggi lagi, kenapa awak reply rendah sangat ni?"

Kerja harian kami, hari-hari beli kereta. Asal ada orang nak jual kereta, kami pasti akan bantu.

Alhamdulillah… Dah bantu orang untuk jual kereta start dari tahun 2018 lagi.

Begini tuan-tuan dan puan-puan. Saya faham, mahukah tuan-tuan &
puan-puan saya beritahu satu cara untuk jual kereta harga tinggi?

Satu cara untuk jual kereta dengan harga paling tinggi adalah
dengan jual terus kepada pelanggan tanpa menggunakan khidmat
penjual kereta terpakai atau usecar dealer.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kami di jualkereta.my
adalah usecar dealer, kami juga berniaga. Pasti tidak sama harga kerana kami perlukan modal untuk “touch-up kereta”. Selalu apabila kami jual kereta, pelanggan kami tidak mahu walau ada satu calar.

 

Dengan pengalaman kami, apabila kami proses kereta anda, seumpama
kami iklankan kereta anda kepada rangkaian usecar kami dengan lebih cepat!

Bayangkan anda secara manual nak survey satu-satu kedai untuk dapat
harga tinggi. Sangat penat dan mustahil anda dapat travel
satu Malaysia hanya untuk mencari harga paling tinggi.

Kenapa anda perlu pilih kami bagi menguruskan jual kereta anda?

1. Kami boleh buat pemeriksaan di rumah atau pejabat anda.

2. Tiada CAS – Semuanya adalah percuma!

3. Dipercayai sejak 2018

4. Tak perlu ke JPJ, kami ada mesin JPJ untuk thumbprint.

5. Pembayaran serta merta. (tertakluk terma & syarat)

P/s : Saya harap abang-abang atau akak-akak tak marah saya ye. Saya cuba yang terbaik untuk dapatkan harga tinggi. 

Abang-abang & akak-akak boleh tulis request price kereta, kalau harga ikut pada harga semasa, saya minta maaf sangat2, memang saya tak ambil harga market.

Yang saya boleh janji, mungkin saya boleh tawarkan harga cun-cun buat abang dan akak semua.

Isi je borang dibawah, kalau agak-gak harga saya mampu beli, saya akan hubungi abang dan akak untuk confirm waktu dan tempat.

P/s/s : Jika anda tidak mahu menjual kereta lagi, boleh klik sini untuk subcribe email list saya. Saya selalu tulis kisah saya jual kereta pada subciber email saya. Maklumlah orang lama, tak pandai menari kat tiktok. hehehe